Thursday, November 11, 2010

Itch reviews: Krim Temulawak

Salam semua....

Lama dah tak update sebabnya...it's the time of the month! Jerawat tumbuh..Emosi tak stabil...hehe
Duduk-duduk dari tak buat ape baik review something. Camnola bole produk ni tak masuk senarai untuk direview padahal dah pakai hampir 10 tahun. Pikir-pikir balik nila produk yang paling lama menginap di meja solekku...

Jeng jeng jeng!!! Krim Temulawak!! atau nama glamer dia Temulawak Pearl Nutrition Cream.

Ape itu temulawak? Temulawak ni berasal dari kepulauan Indonesia dan merupakan kembar tak serupa kepada cik kunyit. Kandungan aktif dalam temulawak ialah  curcumin .  Antara kebaikan curcumin untuk kulit ialah:


Anti keradangan. Berkesan menghilangkan kesakitan, kemerahan dan kegatalan (sesuai untuk jerawat)
Anti bakteria. Orang dolu-dolu sapu kat luka.
Anti oksidan berkesan melambatkan penghasilan garis-garis halus.
Ada juga kajian menunjukkan ia dapat menghalang kesan daripada pancaran UV.

miss syukur start pakai krim ni masa kat uni dulu. Ada sorang member tu pakai as foundation (tapi kena pakai nipis je tau) pas tu set dengan bedak..hmmm muka jadi licin abes..betul nih. miss syukur pernah jugak try buat bedak asas...tapi tak leh jalan..sebab krim ni berminyak..tak sesuai dengan kulit miss syukur...




miss syukur guna krim ni untuk satu benda je..iaitu sebagai krim jerawat. Memang berkesan. Kalau ade jerawat yang tengah masak ranum tu sebelum tido miss syukur akan sapu pada jerawat tu..insya Allah esok pagi dia kering dan jatuh sendiri dan tiada kesan. Kalau tak kering jugak miss syukur akan ulang dan sapu setiap kali sebelum tido. Kalau ada parut jerawat pun boleh sapu krim ni. Lambat siketla nak cerah balik tapi lambat laun ia akan  hilang tanpa kesan.

Tapi keberkesanan krim ni sangat bergantung pada jenis kulit seseorang sebab ia berasaskan herba. Ada yang pakai sangat ok dan ada jugak yang makin banyak keluar jerawat. Jadi kalau nak tahu sesuai ke tidak..bole cuba sendiri. Harganya tak mahal sekitar RM4-RM6 bergantung mana tempat korang beli. miss syukur beli kat kedai jamu je. Tapi pastikan yang original tau. Ada serial number and pelekat hologram. Ada yang kata temulawak ni beracun. Setakat ni miss syukur pakai ok. Semak kat internet yang beracun adalah Temulawak Papaya Cream dan bukan yang ini.

miss syukur punya pun dah nak abes tu..Ayuh dong kita mampir ke toko jamu terdekat.

Ok hope this helps for combating your pimple and acne woes. Give it a try, who knows it will be a staple in your vanity as it is mine...10 years and counting...

Have a colourful day guys!!

6 comments:

aisyah De Cullen said...

waa...sy penah cube kot..(lama dah, x ingat) tp jadi berminyak muke...=( And after that xpenah try barang2 temulawak dah..
oh ye, hari tu jalan2 kat Mydin, lip concealer temulawak pon ade..=) mcm menarik..

miss syukur said...

temulawak ni mmg byk produk..eyeshadow pun ada tau..

budak gojes said...

tgh pakai sekarang nih..hehehe

Shah fadzil said...

da pakai dari tingkatan3 sampai sekarang,dah dekat 10tahun..mmg xpandang produk lain,ckup berkesan dan mengebukan kulit muke sesiapa yg pakai..

My siTe said...

bagaimana nak dapat krim ini di Indonesia miss syukur??

iPinky Froggy said...

memang berkesan ! da boleh nmpak perbezaannyer..kalau tak keberatan bacela blog saye =) http://katakhijau-alaa.blogspot.com/2012/06/cara-hilangkan-parut-jerawat.html ! =)

Post a Comment

Labels

Blogger templates

 

Designed by 100 Web Hosting