Thursday, October 28, 2010

Itch reviews: Avon Ultra Color Rich Lipstick

Assalamualaikum penggemar mekap.

Hari ni miss syukur nak review gincu Avon Ultra Color Rich. 
Avon memang dah lama bertapak di dunia dan telah menjadi kegemaran ramai wanita di Malaysia termasuklah miss syukur..(ngeeee). miss syukur paling suka gincu dia berbanding produk lain.
Mempersembahkan....


miss syukur ada semua kecuali Cherry Jubilee. Kalau ada sale lagi nanti miss syukur akan rembat satu... 

Dari kiri: Berry berry nice, Viva Pink, Butternut, Skin (cube teka mana fevret miss syukur?)

Dari kiri: Berry berry Nice, Viva Pink, Butternut, Skin

Berry berry nice

Viva Pink

Butternut

Skin
Pros:
Sangat berpigment. Satu lapis dah cukup. Kalau warna yang terang-terang tu, senang pakai lip brush, takur terover terang pulek.
Mengandungi vitamin E dan melembabkan bibir.
Dapat menutup garis-garis bibir dengan berkesan. Bibir nampak licin je.
Packaging simple tapi sangat sleek.
Harga runcit miss syukur tak ingat tapi Avon selalu buat sale. Kalau sale harganya bole turun antara RM9.90 - RM12.90. MURAHHH!!

Cons:
Takde SPF. Kalau ada lagi best..
Warna kurang tahan lama. Tapi bergantung juga pada aktiviti. Biasala kena touch up2 siket.
Tak banyak pilihan warna..Avon, takkan lima jek untuk Malaysia? Avon US ada macam-macam kaler tau. Tak aci...

Orait ni ada beberapa FOTD miss syukur pakai gincu-gincu ni. Sorry FOTD untuk Butternut tak de sebab miss syukur selalu mix dengan gincu lain. Kalau tak nanti nampak macam miss syukur letak coklat kat bibir..hehe

Viva pink

Berry berry nice

Skin
Ringkasannya..miss syukur suke gincu nih..hehe Bolela pegi tengok2 kat butik Avon terdekat yea..

Ok hope this helps. 
Lastly...have a colourful day darlings!


Wednesday, October 27, 2010

Out and about: Ecah's makeover

Assalamualaikum geng mekap di alam blog..

Saja nak share, miss syukur tengah belajar mekap sekarang ni. Dah beberapa kali datang kelas and dah beberapa orang jugak yang miss syukur make overkan..tapi gambar2 tu banyak dalam handphone lama. Handphone tu pulak dah kena curik..huhuhu...

Ok tak pela, beberapa minggu lepas kawan miss syukur yang best, Ecah sudi nak jadi model. Memang best mekapkan Ecah. Model yang paling tak cerewet sekali. Kalau ada anugerah bulu mata terpanjang, rasenye Ecah menang kot..sebab bulu mata dia panjang gilerrr...miss syukur pasang bulu mata palsu, bulu mata dia lebih panjang lagi..

So here are some pics of her. Comelkan?? miss syukur buat natural smokey eyes dengan bibir yang agak nude. Sorry, miss syukur lupe nak amek gambar sebelum di mekap.



Dengan mak andam...
Ok hope you guys like it. Do drop any word to me yea?
Have a colourful day babes...

Monday, October 25, 2010

Itch tips: Mengenali saiz mata anda

Assalamualaikum geng mekap!

Orait, kali ni kita nak tengok tip mekap untuk mata yang kecil dan mata yang besar.
Mula-mula macam mana nak tahu mata kita kecik ke besar? Ok cepat amek pembaris...

1. Ukur panjang salah satu mata korang. Ukuran ni kita panggil m lagi.
2. Lepas tu ukur panjang hidung macam dalam gambar di bawah. Yang ni kita panggil h pulak.

3. Ringkasannya:
  • m > h : "Mata yang besar". Tip solekan untuk mata nampak kecik siket:
    •  gunakan warna-warna yang gelap untuk kelopak mata macam kelabu gelap, biru gelap dan pepel gelap.
    • Ratakan warna sederhana gelap di crease untuk blend dengan kelopak mata.
    • Sapu eyeliner di waterline atas dan bawah.
    • Sapu eyeliner di lash line atas dan bawah. Garis boleh tebal sikit dan pastikan garis eyeliner bertemu di setiap hujung.
    • Smudge siket eyeliner atas dan bawa ke kelopak mata.
    • Sapu maskara.
  •  m < h : "Mata yang kecil". Tip solekan untuk mata nampak besar:
    • ni bole tgk tutorial miss syukur di sini.
Harap post ni dapat membantu sape-sape kat luar sana. Kalau ada pendapat nak kongsi bolela komen.
Have a colourful day y'all.




Friday, October 22, 2010

Itch tips: Mengenali jenis mata anda.

Assalamualaikum semua yang tengah membaca.....

Ok post sebelumnya kita dah tahu istilah-istilah berkaitan mata. Jadi sekarang untuk dapatkan solekan mata yang sesuai dengan mata kita, kita kena tahu dulu jenis mata kita ni jenis apa.

Kalau nak tahu, jom kita cuba beberapa kaedah yang miss syukur kongsi ni. Cepat pegi amek pembaris.

Untuk mengetahui jarak antara mata kita:

1. Dengan pembaris ukur panjang salah satu mata. Kita panggil ukuran ni M


2. Kemudian ukur jarak antara kedua-dua mata.Yang ni  kita panggil J


3.Ringkasannya:
  • M = J : Jarak mata yang sekata. Tak perlu banyak solekan pembetulan untuk jarak mata sebab dah sekata. Tip solekan kena ikut bentuk mata pulak.
  • M > J : Mata "close set". Tip solekannya (nak nampak mata jauh sikit):
    • Gunakan warna yang lebih pekat di outer corner corner. 
    • Sapukan eyeliner di alis atas dan bawah tapi jangan sapu dekat dengan inner corner (biarkan 1/4 tak de eyeliner).
    • Smudgekan eyeliner tadi.
    • Letak sikit highlighter di bawah hujung mata luar.
    • Jangan lupa maskara bulu mata atas dan bawah.

  • M < J : Mata "wide set". Tip solekannya (nak nampak mata dekat sikit):
    • Gunakan warna yang lebih pekat di inner corner. 
    • Sapukan eyeliner di alis atas dan bawah dan dari luar ke dalam.
    • Sapu eyesahadow warna sederhana gelap ke kelopak mata dan crease. Tumpukan warna di inner corners.
    • Jangan lupa maskara bulu mata atas dan bawah.
Ok harap ini membantu korang. Next post kita tengok tip solekan ikut bentuk mata pulak eh.

Have a colouful day semua!

Wednesday, October 20, 2010

Itch tips: Eye map

Assalamualaikum geng mekap semua...

Hari ni cuma nak kongsi istilah-istilah penting bahagian mata. Istilah ni penting terutama bila kita nak ikut tutorial mekap yang ada di Youtube dan internet. 

Pada miss syukur, istilah ni semua lebih mudah jika di ambil terus dalam bahasa inggeris. Bukan nak kata tak de perkataan tu dalam bahasa melayu tapi dalam english ia lebih mudah dan straight to the point. 

Korang bole simpan gambar ni sebagai rujukan okeh..

Eye map
Gambar asal (untuk rujukan)

So harap tip ni dapat membantu korang ye..kalau ada pape jgn lupe komen...
Have a colourful day semua...

Thursday, October 14, 2010

Itch tips: Update: Naturactor Cover Face Foundation New Sticker

Assalamualaikum geng mekap..

Ok ni miss syukur nak update pasal foundation Naturactor. Hari tu miss syukur ambil stok foundation ni di supplier, lepas tu miss syukur perasan sticker dia berbeza. so miss syukur pun tanya supplier kenape? So dia reply,

"Sekarang dah ada orang tiru foundation ni. Dah ada yang tak ori, sebab tu Meiko tukar sticker dia"

Sticker baru rupa macam ni. Sori kalau imej tak berapa jelas. Tapi ada logo Meiko dan tahun 2010.


So pastikan foundation Naturactor tu yang ori ye..miss syukur tak de contoh pulak yang tak ori. Nantilah miss syukur cuba cari di pasaran dan bandingkan ok.

Ok harap ini dapat membantu korang geng mekap di luar tu.
have a colourful day ye...

Itch tips: Efek mata yang lebih besar dan bundar

Assalamualaikum semua.

Mata miss syukur ni agak kecik dan sepet. Ditambah pula dengan hidung  yang kembang dan bibir yang agak tebal secara relatifnya membuatkan mata miss syukur nampak lebih kecik lagi. Tapi dengan cara mekap mata yang betul kita boleh buat efek mata kita agar nampak lebih besar dari saiz sebenar...ilusi optik...


Ok mata belah mana yagn nampak lebih besar, segar dan menarik?

Nak tahu macam mane? Jom kita buat step by step....

Untuk mata kecik dan nak nampak besar, kita kena gunakan warna eyeshadow yang cerah dan shimmery siket.

Jadi langkah pertama (selepas foundation dan powder kat mata) ambil warna yang cerah sikit dari warna kulit dan sapu ke seluruh bahagian mata, lepas kan sikit ke bahagian soket.



Lepas tu, ambil pensel mata warna putih (atau warna yang cerah), sapukan di bahagian dalam bawah mata, bahagian bulu mata bawah, hujung tepi mata dalam dan bawah kening. 

Ratakan guna jari, lepas tu ambil eyeshadow cerah dan kilat, sapu di tempat-tempat yang kita dah letak celak putih tadi. Warna putih dan berkilat akan menarik lebih banyak cahaya kearah mata kita membuatkan ia nampak lebih besar dan segar.



Ok lepas tu kita kena dalamkan siket mata kita agar nampak terjojol  (hehe). Ambil warna coklat gelap kilat dan sapu di soket membawa ke bahagian bawah kening (jangan lebih sampai warna putih tadi pulak..)


Seterusnya, ambil warna coklat yang terang siket tapi jangan yang kilat tau kita sapu dekat bawah mata, bawah warna putih yang kita dah letak awal tadi. Satu lagi cara nak tipu konon mata kita besar..Pastu sapu siket kat soket.



Then, sapu celak warna coklat gelap (kalau boleh elakkan warna hitam). Nipis je, jangan tebal sangat, dan jangan sapu kat bawah mata, mata akan nampak kecik. Pastu smudge siket biar nampak rata.


Lastly...Ketip bulu mata, sapu mascara, pakai bulu mata palsu (kalau boleh cari yang nipis tapi penuh bulu matanya), ketip lagi, sapu lagi mascara (2 3 lapis pun tak pe, fokuskan mascara kat hujung bulu mata okay!!)

DAH SIAP...TADAAA!!!

(sebelah mata je di solek...pelik pulak nampak...)




Ok harap tip ni dapat membantu si mata kecik.....do share ape-ape tip lagi yang korang ada ye...
Have a colourful day girls!

Tuesday, October 12, 2010

Itch reviews: Kryolan TV Paint Stick

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Satu lagi review foundation. Kalau korang perasan, miss syukur tak berapa gemar pakai liquid foundation. miss syukur lebih suka pakai cream sebab senang nak sapu dan senang nak bawa kemana-mana.

Ok bintang review kali ni ialah salah satu foundation kegemaran rakyat Malaysia. Memang fofular sangat-sangat.. Dipersilakan Cik Kryolan TV Paint Stick! (Lepas ni kita panggil TVPS jela. Penat nak taip.)


miss syukur dah lama tau pasal TVPS ni, tapi sebab kandungan utama dia mineral oil, miss syukur jadi takut sebab muka miss syukur jenis berminyak. Tapi setelah miss syukur baca beberapa artikel kat internet spt ini dan ini miss syukur pun tryla beli satu. Warna yang miss syukur beli ialah Nb.
Ok, senang cite, miss syukur memang suka sangat TVPS. Muka kita akan nampak poreless dan kedutless. Tak mustahil sebab bahan-bahan kat dalam foundation ni kebanyakkannya berasaskan wax dan parafin. Sebab tula muka nampak mulus lagi halus. Tapi awas.. kalau korang alergik benda-benda ni takut banyak pulak timbul jerawat. Setakat ni miss syukur pakai, tak de pape drastik yang berlaku. Sangat penting untuk cuci muka betul-betul. Dicadangkan guna pencuci jenis oil. Sebab minyak lawan minyak lebih berkesan. 

Ok so ini pendapat miss syukur:

PRO:
Litupan sederhana ke tebal yang rata. Nipis pun sudah cukup nampak cantik.
Dapat menutup liang roma dan parut-parut dengan berkesan  .
Boleh digunakan sebagai concealer.
Banyak warna pilihan.
Packaging menyenangkan pengguna dan travel friendly.
Tahan lama (25 ml ni rase lama nak abes)
Kawalan minyak dalam 85% (ikut aktiviti, cuaca dan jenis kulit ye..)

CONS:
Harga agak mahal. Online jual sekitar RM80 - 140. Korang type je TV paint stick dan cari penjual yang murah.
Susah nak dapat kat kedai. Nak beli kena pegi kedai andaman. Tu pun kalau bukan mekap artist harga mahal.

Ok ni beberapa gambar miss syukur masa pakai TVPS ari tuh...

Pagi
Pagi
Petang selepas seharian mengajar dalam cuaca Malaysia, dah lunch dan tanpa touch up. 


Ok harap review ni membantu, kalau ada pape bole bagi komen membina ye..
Have a colourful day...

Wednesday, October 6, 2010

Something to share...

Assalamualaikum semua.

I really wanted to share something with all of you. This picture was taken by my son.


I really like it. Usually backlit pictures are not pretty (at least for me) but with some sun rays peeking at the back, I looked somewhat angelic...hehe. The fact that it was taken by my son makes it 1000 times better. Thank you Im..mak sayang Im....
Hehe..biasa-biasa je mak...

Sejuta ringgit punya mekap pun takkan dapat menggantikan Im...


Sayang keluargaku selamanya..

Tuesday, October 5, 2010

FOTD: 2 hari, 1 gincu!

Assalamualaikum penggemar mekap-mekap!

Hujung minggu lepas mesti masih ramai yang pegi undangan rumah terbuka kan? Samalah kita..

Post kali ni ialah FOTD 2 hari berturut-turut pakai gincu yang sama iaitu Rimmel Lasting Finish Lipstick warna Airy Fairy. Warna nude pink yang cantik. Sesuai kalau mekap girly atau smokey. 

Tapi, hari Sabtu lepas saya padankan dengan wing eye.

Posing ala Angelina Jolie..hehe

Close up solekan mata
Esoknya pakai gincu yang sama dipadankan dengan solekan natural (sebab pegi open house rumah keluarga..kenala ayu-ayu kan?)

Sebelah kiri...
Sebelah depan pulak..ewah..
Cutekan warna Airy Fairy ni? Kalau berkenan bolehlah beli di Watsons. Harga miss syukur tak ingatla pulak..tapi tak mahal sangat kurang dari RM30.

Ada siket iklan busana tanpa bayaran.. :)
Nak tunjukkan semangat cintakan Malaysia? Kat TESCO sekarang ada jual t-shirt macam yang miss syukur pakai ni. Semuanya bertemakan Malaysia. Beli satu hanya RM10. Tapi kalau beli 2, RM15 je. Kain cotton yang ringan dan sejuk. Design sume cantik-cantik tau. Kalau singgah TESCO, jangan lupe check them out ye.

LOVE Malaysia.
Okla girls, sampai sini dulu. Kalau ada gincu kegemaran yang ingin dikongsi bersama, commentla ek.
Have a colourful day everyone!

Labels

Blogger templates

 

Designed by 100 Web Hosting